Selasa, 25 Mac 2014

Tajuk : Cerpen “MEMBER KOLONY”


Koleksi Kisah Benar : 

P/s : Hai.. kini saya kembali lagi dengan kisah rakan baik saya Ariel Rosmizi...  bertuah saya kerana dapat berkenalan dengannya kerana banyak ilmu dan pengajaran yang dapat saya pelajari daripadanya  thanks #cahayaILAHI kerana telah mendoakan supaya saya dapat berjumpa dengan rakan yang dapat membimbing saya..  dia sama macam awak hehe.. :) sayang awak sebagai kawan

****

                              Pada petang itu, aku termenung seorang diri di kerusi batu yang direka khas untuk duduk, kerusi yang dilengkapi dengan meja yang bercorak bunga raya. Seat kerusi dan meja ini sesuai diletakkan dimana – mana sahaja tempat untuk bersantai. Aku termenung seorang diri di kerusi batu yang dijadikan tempat berehat di suatu sudut halaman rumah. Sudut dimana terdapatnya pokok – pokok dan tumbuh – tumbuhan yang mampu menggamit sesiapa sahaja yang bertandang ke rumah aku.

                             Sepanjang hari, selepas aku tamat pengajian di tingkatan 6. Diriku dilanda dengan pelbagai perasaan. Antara salah satu perasaan yang dialami olehku ialah bosan. Jadi tidak hairanlah jika kita mengalami masalah bosan. Kerana setiap orang daripada kita akan mengalaminya. Betul kan? Sambil aku berehat dan melayani perasaan bosanku. Aku telah mengaktifkan akaun kolony milikku yang sudah lama tidak ku aktifkan.

                            Aku meletakkan Handphone ku diatas meja batu yang terukir dngan seni lukisan corak bunga raya. Tanganku tidak henti – henti menggaru kepala yang tidak gatal akibat daripada tekanan perasaan bosan ini. Setelah lima minit akaun kolonyku di Aktifkan, telefon bimbitku tidak henti – henti mengeluar nada deringan SMS. “tweeeett.. tweeett... SMS” bunyinya. Lantas terus aku mencapai hanphone dari atas meja batu tersebut.

                          Jari – jemariku dengan laju menekan button keypad handphone nokiaku. Aku menekan satu –persatu menu yang terdapat pada skrin handphone ku. Lalu aku membuka inbox dan aku membaca satu – persatu kandungan SMS yang diterima daripada kolony. Ternyata ramai juga manusia yang mengaktifkan akaun kolony mereka pada petang itu. Ramai juga Fren – fren dari kolonyku yang bermain BOMM. Caranya sama seperti bermain Facebook tapi kelainnya. Kolonya boleh bermain dimana – mana sahaja dengan ada nya talian Celcom.

                         Bomm di dalam kolony ini boleh disamakan macam Update status dekat Facebook dan diikuti dengan balasan komen daripada Fren yang lain.

                        Ternyata ramai juga daripada kalangan Fren kolonyku yang berkongsi Fikrah pada petang itu. Jiwa ku juga turut terusik untuk berkongsi fikrah bersama dengan rakan – rakan kolonyku. Dalam keasyikkan aku menekan button keypad talifon bimbitku untuk membalas Bomm daripada rakan – rakan kolonyku, aku telah menerima private mesej.

                        Aku masih lagi kusyuk berkongsi fikrah dengan rakan – rakan kolonyku, tiba – tiba aku terbuka private massage itu tadi. Mesej “POPP” dari salah seorang kawan kolony ku. “POPP” diibaratkan sebagai Private message a.k.a mesej peribadi seperti yang terdapat dalam akaun Facebook yang iaitu Private Message. Mesej POPP ini berunsurkan teguran kepadaku. Teguran mengenai agama kita iaitu agama islam bagi orang melayu dan mu’alaf.

                        Pada permulaannya pemikiran aku sedikit bercanggah dengan pemikirinnya mengenai perkongsian fikrah kami. Setelah rakan kolonyku memberi penerangan berkali – kali tentang fikrah yang aku kongsikan sebentar tadi. Berkaitan isu yang ditegur itu, kami beralih arah untuk ke sesi ta’aruf dimana untuk sesi perbincangan mengenai islam. Aku meperkenalkan diriku. Namaku Mohammad Ariel Rosmizi bin Azelan. Baru mencecah umur 19 tahun dan tinggal di salah satu daerah di negeri Jelapang padi, Kedah.

                        Rakan kolonyku mempekenalkan dirinya. Sesi sual kenal kami bermula. Namanya Muhammad Hamka Hamdin bin Hamidun. Berumur 25 tahun dan tinggal di negeri Che’ Siti Wan Kembang, Kelantan. Dia memperkenalkan dirinya dengan panggilan abang Din. Wow!! Hatiku melonjak girang. Sememangnnya aku cukup mengagumi bumi Kelantan atas dasar ilmu agamanya yang ada pada sesetengah rakyatnyah

“Hah !! best weyh.. untung dapat kenal dengan abang Din ni... best..sangat-sangat..” aku berbicara sendirian didalam hati.

                       Dengan erti kata lain aku bermonolog dalam dengan diri-sendiri di kerusi batu tersebut. Cukup jelas dengan menandakn hati aku sedang gembira dengan ukhwah fillah ini. Setelah saban hari aku betukar fikrah dengan rakan-rakan kolony yang lain termasuklah dengan Abang Din. Aku memutuskan
untuk bertukar no talifon dengannya.

                       Dengan itu, hubungan persahabatan yang terjalin ini bertambah erat. Walaupun kami tidak pernah bertatap wajah atau Face to Face kami tetap merasai nikmat sebagai saudara seislam.Hubungan aku dengan Abang Din semakin hari semakin rapat. Setiap hari, jika ada waktu terluang Abang din akan menceritakan pada ku tentang selok-belok agama islam. Semakin hari, hatiku , jiwaku, nafsuku kian terdidik setelah lama tidak didik oleh ustaz dan ustazah ketika aku di zaman persekolah dahulu.

                      Bermacam-macam soalan aku hujahkan kepada abang Din dan bermacam-macam jugak jawapan yang aku terima daripada abang Din. Sangat mengasyikkan bagi diriku ketika berbahas mengenai ilmu agama. Pernah abang Din menjemputku ke rumahnya di di negeri Che’ Siti Wan Kembang, Kelantan. Tetapi keadaan tidak mengizinkan aku untuk kesana.

“Ariel, mari Qelate deh.. mari terus ke rumah Abe...” Abang Din mempelawaku kerumahnya di Kelantan.

“Hok aloh, abe weyh.. nok gi lo ni meme tak se deh... Insya’Allah ado rezeki panjang umo saya sampai ke rumah Abe..” aku berseloroh dengannya dalam loghat bahasa Kelantan..

“hehehehe..” aku ketawa kecil akibat daripada percakapanku yang entah betul ka tidaknya.

****

                         Hubungan persahabatanku dengan abang Din berterusan sehingga ke kini. Aku pernah menyuarakan hasratku kepada Emak dan ayahku untuk belajar ilmu agama di pondok. Ternyata Emak dan Ayahku bertindak memberikan respon yang positif kepadaku. Mereka memberikan jawapan.

“Ya...” ringkas sahaja. Pada hasrat ku itu.

                        Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat kepada Allah s.w.t kerana aku tidak mendapat sebarang bantahan dan tentang daripada kedua ibu bapaku malahan mereka memberikan dorongan dan galakan lagi yang menimbulkan perasaan yang positif terhadap diriku.

“buleh kalu mu nak sambung ngaji kat pondok tu, tapi mu kena ingat pesan Pak ni, kita hambik hat donia untuk tuju ke akhirat. Sementara mendapat peluang ngaji ni, mu pi la ngaji dulu. Cuti semester 2 atau 3 bulan gi la cari pondok-pondok nak ngaji. Habeh ngaji berkhidmat untuk ummah sambil ngaji pondok... ilmu ni kita cari sampai mati..” ayahku memberi nasihat dalam loghat kampung area sik, kedah.

                         Aku hanya menganggukkan kepala sahaja tanda faham akan maksud nasihat ayahku itu tadi. Emakku hanya mendiamkan diri sahaja apabila melihat ayahku memberikan kata-kata nasihat kepadaku.

“Mungkin Mak bersetuju dengan nasihat dan pendapat ayah tu.. sebab tu dia diam seribu bahasa sahaja..” fikirku.

                       Aku mencuba untuk mendapatkan pandangan daripada sepupuku tentang hasrat murni ku itu. Ternyata reaksi daripada memek wajah sepupuku turut memberikan jawapan yang sama seperti apa yang ayah aku kata pada itu tempoh hari. Aku beralih Arah pada Abang Din pulak. Aku ingin mengetahui apakah respons daripadanya, tentang niatku ini. Aku bertanyakan soalan yang sama pada tiga individu yang berlainan tapi jawapannya tetap sahaja sama.

                       Aku terpaksa mengalah, aku meminta pada abang Din untuk selalu mentarbiahkan diriku.

“Abe , mitok mu selalu pot pet ke kawe deh..” pinta ku kepada Abang Din.

“Hok aloh, mu ni Ariel ... jangan riso deh.. Abe sokmo deket nge mu.. dop leh Call pom mesej udoh loh..” beritahu abang Din.

“Huh! Bereh... hahaha” ketawaku. Aku berbalas kata dengan abang Din.

“Diri saya ni kecik ja kalau kawan dengey ore yang ilmunya penuh di dada ni..” kataku pada Abang Din.

“Mu, jangey kecek gitu Mizi. Abe dulu pom supo mu jugok. Kito dua ore tak dop bezo.. samo joh..” katanya.

“Ya la, saya ni jahil. Banyak ilmu agama islam lagi yang saya tak tau. Daripada empat ilmu, iaitu ilmu syariat, hakikat, makrifat dan tariqat. Saya hanya kuasai 1 ilmu saja iaitu ilmu syariat. Lagi tiga ilmu tu saya jahil...” aku memberitahunya tentang kejahilanku.

Slow..slow la.. lamo – lamo mu pahey lo.. tapi Abe nok oyak..Abe syukur la Sebab mu tahu jugop saloh satu cabey ilmu isley ni. Ramey lagi ore kat luor sano yang dop tahu gapo pasey ilmu isley ni..kesian kat demo nanti kalu mu meme nok mari Qelate mu oyak ko Abe deh. Abe nok bawok mu gi ngaji kat tempek Abe..” kata Abang Din dengan panjang lebar.

“Insya’Allah...” aku menjawab dengan ringkas.

“Mu ngaji 4 tahon ken? Ermmm 4 tahon dop lamo, meta jah.. 4 tahon kemudieye, mu mari arh nagadap Abe...” kata Abang Din.

“Hehehehehe..” ketawaku lagi lucu dengan cara percakapan dialeg Kelantan.

“Saya tak beqani lah..nak taboq janji segala bagai la... kalau ada rezeki kita jumpa noh...” beritahu ku dalam loghat negeriku, jelapang padi, kedah. Entah dia faham ke tidak.

“Ya lah....” abang din membalas jawapan yang ringkas. Perbualan kami tamat di situ sahaja. Pengenalan ini memberiku seribu pengertian dalam kehidupanku.

p/s : mak haiiii... susah gila baq hang nak karang ayat orang Kelantan ni cheq orang kedah tak berapa paham sangat bahasa Kelantan ni hihi sapa-sapa yang tak suka tu sorry okey.. mohon dikomen :)


- TAMAT-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan