Selasa, 27 Mei 2014

Israk dan Mikraj



Israk dan Mikraj


mari kita bersama-sama menghayati perjalanan hidup rasulullah s.a.w

ISRAK bererti perjalanan malam Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitil Maqdis. Mikraj pula bererti perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha dan terus mengadap ALLAH SWT untuk menerima fardu solat lima kali sehari semalam bagi umat Nabi Muhammad SAW. Peristiwa Israk dan Mikraj terjadi pada malam Isnin, 27 Rejab tahun kenabian, bersamaan tahun 622 Masihi dalam usia Nabi SAW 51 atau 52 tahun.

Sebelum peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW mengalami pembedahan dada dan perut oleh malaikat Jibril dan Mikail. Hati Baginda SAW dicuci dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Nabi Muhammad SAW. Setelah itu dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan Buraq untuk ditunggangi Nabi dalam perjalanan misteri yang dinamakan peristiwa Israk dan Mikraj.

Sewaktu perjalanan Nabi SAW ditemani oleh Jibril dan Israfil. Mereka tiba di tempat-tempat bersejarah dan berhenti sembahyang dua rakaat. Antara tempat itu ialah Thaibah (Madinah), tempat di mana Nabi SAW akan melakukan hijrah; Bukit Tursina, tempat Nabi Musa as menerima wahyu ALLAH, dan Baitul Laham (Palestin), tempat Nabi Isa as dilahirkan.

Dalam perjalanan itu Nabi SAW menghadapi gangguan jin Afrit dengan api dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib dan menakjubkan. Antara lain ialah:

Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buahnya) yang baharu keluar semula. Nabi SAW diberitahu oleh Jibril: Itulah kaum yang berjihad fisabilillah yang digandakan pahala kebajikan.

Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh semula, lalu dipecahkan pula. Jibril memberitahu Nabi SAW: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti bintang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahanam. Kata Jibril: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

Sekumpulan kaum lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami mereka.

Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril: Itulah orang yang makan riba.

Setibanya Nabi SAW di Masjidil Aqsa, Nabi turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbiya dan mursalin menjadi makmum.

Nabi SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejana yang berisi arak dan susu. Nabi memilih susu lalu meminumnya. Kata Jibril : Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat Baginda akan menjadi sesat.

Sewaktu Mikraj (naik ke Hadhratul Qudus menemui ALLAH), didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Nabi SAW dan Jibril naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzah).

Langit pertama, Nabi SAW berjumpa dengan Nabi Adam as. Langit kedua, berjumpa Nabi Isa dan Nabi Yahya as. Langit ketiga, berjumpa Nabi Yusuf as. Langit keempat, berjumpa Nabi Idris as. Langit kelima, berjumpa Nabi Harun as. Langit keenam, berjumpa Nabi Musa as. Langit ketujuh, berjumpa Nabi Ibrahim as. Setelah melihat beberapa peristiwa ajaib, Nabi SAW dan Jibril masuk ke dalam Baitul Makmur dan sembahyang (Baitul Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Makkah).

Tangga kelapan, di sini disebut “Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul Muntaha. Nabi SAW masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan malaikat penunggunya.

Tangga kesembilan, Nabi SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustwa dan Sharirul Aqlam, lalu melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga ke-10, Nabi SAW sampai di Hadhratul Qudus dan Hadhratul Rabbul Arbab, lalu dapat menyaksikan ALLAH SWT dengan mata kepala lalu bersujud. Kemudiannya ALLAH memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam, yang sebelumnya difardukan 50 waktu.

Selasa, 25 Mac 2014

Tajuk : Cerpen “MEMBER KOLONY”


Koleksi Kisah Benar : 

P/s : Hai.. kini saya kembali lagi dengan kisah rakan baik saya Ariel Rosmizi...  bertuah saya kerana dapat berkenalan dengannya kerana banyak ilmu dan pengajaran yang dapat saya pelajari daripadanya  thanks #cahayaILAHI kerana telah mendoakan supaya saya dapat berjumpa dengan rakan yang dapat membimbing saya..  dia sama macam awak hehe.. :) sayang awak sebagai kawan

****

                              Pada petang itu, aku termenung seorang diri di kerusi batu yang direka khas untuk duduk, kerusi yang dilengkapi dengan meja yang bercorak bunga raya. Seat kerusi dan meja ini sesuai diletakkan dimana – mana sahaja tempat untuk bersantai. Aku termenung seorang diri di kerusi batu yang dijadikan tempat berehat di suatu sudut halaman rumah. Sudut dimana terdapatnya pokok – pokok dan tumbuh – tumbuhan yang mampu menggamit sesiapa sahaja yang bertandang ke rumah aku.

                             Sepanjang hari, selepas aku tamat pengajian di tingkatan 6. Diriku dilanda dengan pelbagai perasaan. Antara salah satu perasaan yang dialami olehku ialah bosan. Jadi tidak hairanlah jika kita mengalami masalah bosan. Kerana setiap orang daripada kita akan mengalaminya. Betul kan? Sambil aku berehat dan melayani perasaan bosanku. Aku telah mengaktifkan akaun kolony milikku yang sudah lama tidak ku aktifkan.

                            Aku meletakkan Handphone ku diatas meja batu yang terukir dngan seni lukisan corak bunga raya. Tanganku tidak henti – henti menggaru kepala yang tidak gatal akibat daripada tekanan perasaan bosan ini. Setelah lima minit akaun kolonyku di Aktifkan, telefon bimbitku tidak henti – henti mengeluar nada deringan SMS. “tweeeett.. tweeett... SMS” bunyinya. Lantas terus aku mencapai hanphone dari atas meja batu tersebut.

                          Jari – jemariku dengan laju menekan button keypad handphone nokiaku. Aku menekan satu –persatu menu yang terdapat pada skrin handphone ku. Lalu aku membuka inbox dan aku membaca satu – persatu kandungan SMS yang diterima daripada kolony. Ternyata ramai juga manusia yang mengaktifkan akaun kolony mereka pada petang itu. Ramai juga Fren – fren dari kolonyku yang bermain BOMM. Caranya sama seperti bermain Facebook tapi kelainnya. Kolonya boleh bermain dimana – mana sahaja dengan ada nya talian Celcom.

                         Bomm di dalam kolony ini boleh disamakan macam Update status dekat Facebook dan diikuti dengan balasan komen daripada Fren yang lain.

                        Ternyata ramai juga daripada kalangan Fren kolonyku yang berkongsi Fikrah pada petang itu. Jiwa ku juga turut terusik untuk berkongsi fikrah bersama dengan rakan – rakan kolonyku. Dalam keasyikkan aku menekan button keypad talifon bimbitku untuk membalas Bomm daripada rakan – rakan kolonyku, aku telah menerima private mesej.

                        Aku masih lagi kusyuk berkongsi fikrah dengan rakan – rakan kolonyku, tiba – tiba aku terbuka private massage itu tadi. Mesej “POPP” dari salah seorang kawan kolony ku. “POPP” diibaratkan sebagai Private message a.k.a mesej peribadi seperti yang terdapat dalam akaun Facebook yang iaitu Private Message. Mesej POPP ini berunsurkan teguran kepadaku. Teguran mengenai agama kita iaitu agama islam bagi orang melayu dan mu’alaf.

                        Pada permulaannya pemikiran aku sedikit bercanggah dengan pemikirinnya mengenai perkongsian fikrah kami. Setelah rakan kolonyku memberi penerangan berkali – kali tentang fikrah yang aku kongsikan sebentar tadi. Berkaitan isu yang ditegur itu, kami beralih arah untuk ke sesi ta’aruf dimana untuk sesi perbincangan mengenai islam. Aku meperkenalkan diriku. Namaku Mohammad Ariel Rosmizi bin Azelan. Baru mencecah umur 19 tahun dan tinggal di salah satu daerah di negeri Jelapang padi, Kedah.

                        Rakan kolonyku mempekenalkan dirinya. Sesi sual kenal kami bermula. Namanya Muhammad Hamka Hamdin bin Hamidun. Berumur 25 tahun dan tinggal di negeri Che’ Siti Wan Kembang, Kelantan. Dia memperkenalkan dirinya dengan panggilan abang Din. Wow!! Hatiku melonjak girang. Sememangnnya aku cukup mengagumi bumi Kelantan atas dasar ilmu agamanya yang ada pada sesetengah rakyatnyah

“Hah !! best weyh.. untung dapat kenal dengan abang Din ni... best..sangat-sangat..” aku berbicara sendirian didalam hati.

                       Dengan erti kata lain aku bermonolog dalam dengan diri-sendiri di kerusi batu tersebut. Cukup jelas dengan menandakn hati aku sedang gembira dengan ukhwah fillah ini. Setelah saban hari aku betukar fikrah dengan rakan-rakan kolony yang lain termasuklah dengan Abang Din. Aku memutuskan
untuk bertukar no talifon dengannya.

                       Dengan itu, hubungan persahabatan yang terjalin ini bertambah erat. Walaupun kami tidak pernah bertatap wajah atau Face to Face kami tetap merasai nikmat sebagai saudara seislam.Hubungan aku dengan Abang Din semakin hari semakin rapat. Setiap hari, jika ada waktu terluang Abang din akan menceritakan pada ku tentang selok-belok agama islam. Semakin hari, hatiku , jiwaku, nafsuku kian terdidik setelah lama tidak didik oleh ustaz dan ustazah ketika aku di zaman persekolah dahulu.

                      Bermacam-macam soalan aku hujahkan kepada abang Din dan bermacam-macam jugak jawapan yang aku terima daripada abang Din. Sangat mengasyikkan bagi diriku ketika berbahas mengenai ilmu agama. Pernah abang Din menjemputku ke rumahnya di di negeri Che’ Siti Wan Kembang, Kelantan. Tetapi keadaan tidak mengizinkan aku untuk kesana.

“Ariel, mari Qelate deh.. mari terus ke rumah Abe...” Abang Din mempelawaku kerumahnya di Kelantan.

“Hok aloh, abe weyh.. nok gi lo ni meme tak se deh... Insya’Allah ado rezeki panjang umo saya sampai ke rumah Abe..” aku berseloroh dengannya dalam loghat bahasa Kelantan..

“hehehehe..” aku ketawa kecil akibat daripada percakapanku yang entah betul ka tidaknya.

****

                         Hubungan persahabatanku dengan abang Din berterusan sehingga ke kini. Aku pernah menyuarakan hasratku kepada Emak dan ayahku untuk belajar ilmu agama di pondok. Ternyata Emak dan Ayahku bertindak memberikan respon yang positif kepadaku. Mereka memberikan jawapan.

“Ya...” ringkas sahaja. Pada hasrat ku itu.

                        Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat kepada Allah s.w.t kerana aku tidak mendapat sebarang bantahan dan tentang daripada kedua ibu bapaku malahan mereka memberikan dorongan dan galakan lagi yang menimbulkan perasaan yang positif terhadap diriku.

“buleh kalu mu nak sambung ngaji kat pondok tu, tapi mu kena ingat pesan Pak ni, kita hambik hat donia untuk tuju ke akhirat. Sementara mendapat peluang ngaji ni, mu pi la ngaji dulu. Cuti semester 2 atau 3 bulan gi la cari pondok-pondok nak ngaji. Habeh ngaji berkhidmat untuk ummah sambil ngaji pondok... ilmu ni kita cari sampai mati..” ayahku memberi nasihat dalam loghat kampung area sik, kedah.

                         Aku hanya menganggukkan kepala sahaja tanda faham akan maksud nasihat ayahku itu tadi. Emakku hanya mendiamkan diri sahaja apabila melihat ayahku memberikan kata-kata nasihat kepadaku.

“Mungkin Mak bersetuju dengan nasihat dan pendapat ayah tu.. sebab tu dia diam seribu bahasa sahaja..” fikirku.

                       Aku mencuba untuk mendapatkan pandangan daripada sepupuku tentang hasrat murni ku itu. Ternyata reaksi daripada memek wajah sepupuku turut memberikan jawapan yang sama seperti apa yang ayah aku kata pada itu tempoh hari. Aku beralih Arah pada Abang Din pulak. Aku ingin mengetahui apakah respons daripadanya, tentang niatku ini. Aku bertanyakan soalan yang sama pada tiga individu yang berlainan tapi jawapannya tetap sahaja sama.

                       Aku terpaksa mengalah, aku meminta pada abang Din untuk selalu mentarbiahkan diriku.

“Abe , mitok mu selalu pot pet ke kawe deh..” pinta ku kepada Abang Din.

“Hok aloh, mu ni Ariel ... jangan riso deh.. Abe sokmo deket nge mu.. dop leh Call pom mesej udoh loh..” beritahu abang Din.

“Huh! Bereh... hahaha” ketawaku. Aku berbalas kata dengan abang Din.

“Diri saya ni kecik ja kalau kawan dengey ore yang ilmunya penuh di dada ni..” kataku pada Abang Din.

“Mu, jangey kecek gitu Mizi. Abe dulu pom supo mu jugok. Kito dua ore tak dop bezo.. samo joh..” katanya.

“Ya la, saya ni jahil. Banyak ilmu agama islam lagi yang saya tak tau. Daripada empat ilmu, iaitu ilmu syariat, hakikat, makrifat dan tariqat. Saya hanya kuasai 1 ilmu saja iaitu ilmu syariat. Lagi tiga ilmu tu saya jahil...” aku memberitahunya tentang kejahilanku.

Slow..slow la.. lamo – lamo mu pahey lo.. tapi Abe nok oyak..Abe syukur la Sebab mu tahu jugop saloh satu cabey ilmu isley ni. Ramey lagi ore kat luor sano yang dop tahu gapo pasey ilmu isley ni..kesian kat demo nanti kalu mu meme nok mari Qelate mu oyak ko Abe deh. Abe nok bawok mu gi ngaji kat tempek Abe..” kata Abang Din dengan panjang lebar.

“Insya’Allah...” aku menjawab dengan ringkas.

“Mu ngaji 4 tahon ken? Ermmm 4 tahon dop lamo, meta jah.. 4 tahon kemudieye, mu mari arh nagadap Abe...” kata Abang Din.

“Hehehehehe..” ketawaku lagi lucu dengan cara percakapan dialeg Kelantan.

“Saya tak beqani lah..nak taboq janji segala bagai la... kalau ada rezeki kita jumpa noh...” beritahu ku dalam loghat negeriku, jelapang padi, kedah. Entah dia faham ke tidak.

“Ya lah....” abang din membalas jawapan yang ringkas. Perbualan kami tamat di situ sahaja. Pengenalan ini memberiku seribu pengertian dalam kehidupanku.

p/s : mak haiiii... susah gila baq hang nak karang ayat orang Kelantan ni cheq orang kedah tak berapa paham sangat bahasa Kelantan ni hihi sapa-sapa yang tak suka tu sorry okey.. mohon dikomen :)


- TAMAT-

Ahad, 9 Februari 2014

JIKA HARI INI TERAKHIR UNTUKKU~

Bismillah~ hari ini, terdetik di hati ana utk prsembahkan nukilan 'jika hari ini terakhir untukku".

Jika hari ini terakhir untukku,ku ingin ajalku diambil dalam keadaan yang berada dalam keimanan.
Jika hari ini terakhir untukku,ku ingin setiap amalan ibadatku diterima oleh MAHA PENCIPTA KERANA Dia yang tahu setiap perbuatanku di dunia ini~

Jika hari ini terakhir untukku, ku ingin setiap insan-insan yang ada di sekelilingku bahagia bersama keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH YANG ESA~ 
Jika hari ini terakhir untukkuku ingin keluarga , saudara dan sahabat-sahabatku tidak menangisi pemergianku dari dunia yang fana ini~

Jika hari ini terakhir untukku,  ku ingin setiap pertolongan yang pernah kuhulurkan kepada sahabat-sahabatku menjadi kan amalan ku sebagai jalan mudah utk aku menuju SYURGA disana~
Jika hari ini terakhir untukkuku mohon,doakanlah yang terbaik untukku di AKHIRAT sana~


Jika hari ini terakhir untukku, ku ingin kamu tahu, cinta dan pengorbanan itu indah jika ia brteraskan kepada AL SUNNAH~ maka,ku relakan kau pergi dari hati untuk mengejar hakikat bahagia di syurga~
Jika hari ini terakhir untukku, ku mohon beribu kemaafan dari sahabat-sahabat dan saudara memaafkan setiap kekhilafan yang telah ku lakukan~

Selasa, 15 Oktober 2013

Cerpen : Kasih Sehingga ke Syurga




“Assalamualaikum..Sayang, Sayang Abang dah pulang ni". Dia mengukirkan senuman yang tidak lekang dari bibirnya, tanda perasaan teruja yang amat bermakna di hatinya pada saat ini.

“Wa’alaikummussalam..”jawab Sakinah dari dapur.

“Masuklah Abang, Sayang sedang masak ni. Untuk makan tengah hari ini”. Sakinah pula mengukir senyuman seorangan.

“Mesti Qhuzai akan terkejut dengan suprise yang Aku buat ni, masakkan makanan special untuk makan tengah hari ini”Kinah mula bermonolog sendirian didalam hatinya.

          Lalu,Qhuzairi melangkahkan anak kakinya dari halaman rumah ke muka pintu. Tangannyasudah memegang tombol pintu. Perlahan-lahan dia menguakkan pintu, Qhuzai juga inginmemberikan suprise kepada isterinyayang tercinta. Hatinya berdebar-debar ingin menyampaikan berita gembira ini.Jiwanya berkocak seperti angin yang menggoncangkan buih-buih mutiara dilautan.

           Qhuzairi berjalan memasuki ruang tamu rumahnya. Ruang tamu yang luas ini mampumenempatkan pelbagai barangan perabot. Walaupun mereka baru sahaja mendirikanrumah tangga tapi peralatan perabot sudah lengkap. Dari sudut pandangan hadapanterdapat almari kaca yang menempatkan pelbagai pinggan mangkuk buatan Negaraluar. Di sebelah kanan pula, menempatkan satu seat sofa yang dibuat khasdaripada kayu dan kain. Dilapik dengan hamparan permaidani yang dibeli dariNegara Arab. Sungguh menarik, apabila melihat struktur pembinaan rumah ini.

         Rumah banglo yang besar ini dibeli sebelum dia di ijabkabulkan bersama Sakinah. Rumahini agak jauh dari Bandar. Di atas pergunungan yang mampu menampakkan seluruh bandardan kampung yang berdekatan. Apabila kita melihat pemandangan dari atas kawasanpergunungan ini. Hanya orang-orang yang bertuah sahaja dapat memiliki rumah dikawasan pergunungan tersebut.


          Qhuzairi berasa amat bertuah kerana dia telah dapat memiliki rumah yang diimpikan selamaini. Rumah ini dikelilingi dengan taman, pokok-pokok yang di import dari luarNegara jelas kelihatan di halaman rumah itu. Pokok-pokok itu disusun aturmengikut keselesaan Qhuzair dan Kinah. Landskap yang menarik. Dilengkapi dengankolam ikan di tengah-tengah taman itu, sungguh indah dan cantik mata memandang.



        Qhuzairi mendapatkan isterinya dari dapur lalu ditutup matanya. Sebagai tanda memberikejutan dan merupakan simbolik cinta mereka. Sakinah berasa terkejut dengantingkah laku suaminya.

“Abang,abang buat apa ni?” soal kinah kepadaQhuzair panggilan manja yang dipanggil olehnya.
“Alah,sayang ni macam tak biasa pulak kan?”hehehe kelihatan Qhuzair ketawa kecil.

“Sayangmasak apa tu?.. boleh abang tolong?”Qhuzairi meletakkan dagunya di bahu Sakinah, manakala tangannya memelukpinggang Sakinah.

“Ehh...Abang kan baru balik dari kerja..mesti letih? Tak usahlah tolong sayang, pergilah berehat dekat sofa di ruangtamu tu,” beritahu Sakinah kepadaQhuzairi.

“Biarlah sayang yang buat semua ni sendiri.Lagipun abang penat kan? Air tusayang dahbancuh. Ada dekat atasmeja tu, Air milo dengan cucur cekodokkegemaran abang.” Ujar Sakinah, lalu dicium tangan suaminya Qhuzairi.

“Abangni mesti ada apa-apa nak kasi tahu dekatsayang kan? Sebab sayang tengok daririak wajah abang happy sangat hari ni, ada apa-apa yang membuatkan abang happyke?” soal sakinah lagi.

“Yelah.. macam tahu-tahu je...Sayang ni kan” hehehe...Qhuzair ketawa lembut. Lalu, mencubit pipi montelisterinya.

“Hari ini abang boleh naik pangkat, lepas tupulak Boss Abang kasi cuti jom kita keluar pergi jalan-jalan petang jap lagi nak?” soal Qhuzairi.

“Sudah agak lama kam kita tak keluar bersama-sama. Sejak akhir-akhir bulan ini, Sebababang asyik busy dengan kerja abang je kan?”. tanya Qhuzairi lagi.

Sakinah mula mendapatkan bahan-bahan yang hendak dimasak untuk di makan pada tengahhari ini di atas rak. Dia mengjengkit-jengkitkan kakinya untuk mendapatkanbekas aluminium itu, tetapi tidak dapat dicapai olehnya kerana rak itu terlalutinggi daripada ketinggiannya. Sakinah hampir-hampir terjatuh, tetapi diadisambut oleh Qhuzair yang berada disitu.

Fuhh!! Hampir saja Sakinah jatuh.

“ItulahAbang tanya tak jawab, hmmmmm” Qhuzairi mengeluh.
“Nasib baik Abang sempat sambut Sayang tau.Kalau tak dah jatuh dek perbuatan Sayangtadi tu.. jadi macam buah nangkabusuk pulak,” hahaha Qhuzair ketawasambil memerli Kinah.

“Ish! Abang ni...” Sakinahmengibas-ngibaskan pakaian Apronnya. Dia membetulkan kedudukannya. Dari dalamdakapan Qhuzairi terus ke posisi berdiri. perbualan mereka berdua terhentiseketika dek sindirian Qhuzairi itu. Hampir menangis Kinah dibuatnya akibatQhuzair memerlinya.

“Yelah. Nak sangat, boleh je abang.” hehehehe kedengaran mereka berdua ketawakeriangan.

“Meh lah abang tolong sayang, kejap lagilahabang makan cucur cekodok dengan air milotu,Sayang nak masak apa ni?” soalnyalagi.

“Sayang nak masak kek coklat, untuk birthday Abanglah, hari ini kan birthday abang, takkan abang dah lupa hmmmmm...” Sakinahmula mengeluh.

“Ala tak jadi supriselah kalau macam ni.. abang dah tahu, tak bestlah macam ni”. Sakinah mula protes terhadap suaminya.

“Oppsss!! abang terlupa lah, sorry okey sayanghari ni kan birthday abang,” heheheQhuzairi ketawa sambil menghadiahkan senyuman kepada isterinya.
“Macam mana eh! abang Boleh terlupa pulak,maklumlah bila sudah mengjangkah kea lam dewasa ni tak terfikir pulakfasal hari lahir ni. Selalunya, pada masazaman bujang dulu beria-ia sangat nak sambut hohoho..” ketawanya lagi.

“Alhamdulillah..mujurlahada sayang abang ni ingatkan abang,”Beritahu  Qhuzairi.

  Lantas Qhuzairi segera, mencapai bekas aluminium di atas rak itu. Dia membantuisterinya mengumpulkan bahan-bahan yang akan digunakan untuk menghasilkan kektersebut. Kemudian dia membuka bungkusan tepung. Putih gebu dan berkilau sajarupanya. Lalu beberapa biji telur diaambil dari sarangnya. Juga dicampakkansedikit mentega. Kemudian dia turut mencapai bahan-bahan lain.

         Qhuzairi mengambil sedikit tepung, lalu mencalit ke pipi isterinya. Kini mereka bermaincalit-mencalit tepung seperti kanak-kanak. Berkejar-kejaran antara satu samalain. nakal bukan? Selepas itu, Sakinah pula mengambil alih tugasnya. Diamengadunkan tepung bersama tepung membuat kek, serbuk penaik, telur danbeberapa bahan yang lain. Untuk membuatkan kek yang special untuk mereka berdua meraikan hari lahir Qhuzairi.

         Setelah siap mengadunkan kek tersebut. Sakinah beralih pula ke masakan untuk dimakanpada tengah hari ini. Dia masak sayur campur. Qhuzairi menolongnya untukmemotong sayur. Selesai saja mereka masak, mereka berhenti sekejap. Untuk minumAir milo yang telah dibancuh dan cucur cekodok yang telah di goreng olehsakinah sebentar tadi.

           Seusai,mereka makan makanan dan minuman tadi. Sakinah meminta kebenaran daripadaQhuzairi untuk pergi mengemaskan diri.

“Abang,sayang nak pergi mandi dululah, dahkotor baju ni, muka pun dah comot akibat daripada perbuatanabang tadilah, main calit-mencalit, sayang tengok dah macam askardah.”pinta sakinah sambil ketawa merekek.

“Okey...pergilah sudah siap mandi dan mengemaskan diri kejap lagi ambil wuduk siap-siapkita solat zohor bersama-sama ya,” Pesan Qhuzairi.

“Baiklah  Abang..” jawab Sakinah ringkas. Ini sudah menjadi rutin kebiasaan merekamelakukan solat berjemaah bagi suami isteri. Dia mengikut segala perintah yangdisuruh oleh suaminya. Kerana Kinah tidak mahu dimurkai oleh suaminya apatahlagi Allah s.w.t.

        Qhuzair yang melihat sahaja Kinah berlalu pergi dari pandangannya. Dengan segera diamengemas meja di ruang tamu rumahnya. Dia mengambil cawan, pinggan dan mug yangberisi lebihan air milo. Lalu dibawanya ke singki di dapur. Qhuzairi mencapai sabunpencuci berjenama sunlight. Lalu dia mencuci cawan, pinggan dan mug sebelum diapula pergi mengemaskan diri untuk menunaikan solat zohor bersama denganisterinya.

       Kini,mereka berada di ruang solat. Ruang solat yang disediakan khas untuk mereka.Ruang solat ini juga lah yang disediakan untuk tetamu yang datang bertandang kerumah meraka. Mereka berdua menunaikan solat secara berjemaah untuk mengadapillahi. Seusai Qhuzairi dan Sakinah menunaikan solat zohor, mereka berdoakepada Allah supaya kekal sehingga ke Jannah. Memohon dikurniakan zuriat yangsoleh dan solehah. Mereka juga berzikir dan berselawat. Selesai sahaja merekaberdoa. Sakinah mencium tangan suaminya sebagai tanda hormat. Lalu dikucapkandahi sakinah pula oleh Qhuzairi.

         Jam di dinding telah menunjukkan jam pukul 1.40 minit petang. Kini tibalah, masauntuk mereka makan tengah hari. Mereka makan makanan yang telah dimasak tadi.Masak sayur campur, nasi putih, lauk ayam , lauk ikan itu sudah pun mencukupibuat mereka berdua. Qhuzairi membantu isterinya dengan mendapatkan pinggan danmangkuk dari almari kaca yang berada di ruang tamu untuk dihidangkan di atasmeja. Mereka tidak mengambil upah orang gaji. Jadi, inilah tugas Qhuzai untukmembantu isterinya Kinah.

             Kek yang telah dibakar tadi tidak diusik. Mereka bercadang ingin menjemput Ibubapa  Sebelah Qhuzair datang untuk meraikanhari lahir Qhuzair iaitu Ibu bapa metua Sakinah. Sainah sememangnya tidak mempunyai Ibu bapa. Ibu bapanya telahmengadap illahi sejak dia dilahirkan. Mereka meninggal di dalam nahas kebakarandi rumah Sa kinah. Dia dibesarkan oleh neneknya di kampung. Neneknya juga telahmengadap illahi setahun yang lalu selepas mereka berakhirnya  majlis pernikahan. Kini dia tiada siapa-siapalagi ahli keluarganya. Dia anak tunggal. Jadi Qhuzairilah satu-satunya tempatuntuknya bergantung kasih.

        Selesai sahaja mereka makan tengah hari Qhizairi mengajak isterinya untuk bersiar-siarseperti yang telah dijanjikan. Mereka berdua akan keluar berjalan-jalan. Keranasudah agak lama mereka tidak keluar berdua. Setelah Qhuzairi berkerja di sebuahSyarikat yang terkemuka. Walaupun dia jarang berada dirumah tetapi dia tidakmengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami. Kadang-kadang dia tidak sempat untukmenunaikan solat secara berjemaah bersama dengan isterinya pada waktu zohor.Tetapi dia akan menunaikan pada waktu lain.

              Sekarang ini, tibalah saat-saat yang dinantikan oleh mereka suami isteri. Qhuzairi danSakinah tidak sabar lagi untuk keluar bersama-sama. Perasaan terujumenyelubungi diri masing-masing. Mana taknya sudah beberapa bulan mereka tidakkeluar bersama. Inilah saat-saat manis yang ditunggu oleh mereka selama ini.Keluar bersiar-siar berdua. Qhuzairi yang kini sedang berada di hadapan mukapintu menunggu Sakinah keluar dari bilik mereka.

“Sayang,sayang buat apa tu cepatlah sikit..nanti lambat sampai pulak naksampai,” Panggil Qhuzai dari muka pintu.

“Ye abang, kejap sayang tengah pakai tudung ni,” Sahut Sakinah dari dalam kamarnya.

           Semangnya,kalau bab memperhiaskan diri ini Sakinah selalu lambat. Dia akan mengambil masasehingga setengah jam. Maklumlah perempuan kanmestiah pandai berhias dan Nampak cantik pada padangan mata si suami. Padapetang ini, Sakinah mengenakan pakaian blouselabuh yang berwarna putih. Kain berwarna purple dan memakai tudung purplebercorak gaya Ainan Tasneem. Pakaiannya ala-ala muslimah.

         Sakinah jarang mengenakan mekap pada wajahnya. Bagi dia kecantikan yang asli adalahlebih menarik buat tatapan si suaminya. Dengan kadar yang segera, Kinahmencapai Handbagnya yang berada diatas katil. Sakinah bergegas keluar darirumah untuk mendapatkan Qhuzairi yang sejak dari tadi menantinya di Halamanrumah. Halaman yang menjadikan tempat mereka berehat dan meluangkan masabersama di atas buaian besi itu.

       Qhuzairi hanya mengenakan pakaian bertemakan kasual. Dia memakai kemaja berlenganpanjang dan berkolar. Kemaja yang berwarna purple muda. Segak dan bergayaditambahkan lagi mukanya yang kacak ala-ala Dude Harleno. Pelakon dari luarNegara. Aktor yang sangat terkenal dari Indonesia. Pakaian yang merekamengenakan pada petang ini sungguh sedondon. Seperti merpati dua sejoli.

“Hah! Sayang dah siap ke?” sergah Qhuzair. Terperanjat Sakinah dibuatnya. Mujur dia tiadadarah gemuruh. Kalau ada silap haribulan Sakinah pengsan dia disitu. PastiQhuzair yang bermasalah.
“Qhuzair.. Qhuzair.. apa kau buat ni.. nakkena suami aku ni,” monolog Sakinah di dalam hatinya

“Selalunya sayang lagi lambat dari hari ni. Masanak pergi tulah sayang sibuk nakiron  baju, tudunglah, kainlah dan segalabagai lagi. Hari ni kenapa awal pulak,” soal Qhuzairi seakan- akan memerliisterinya Sakinah.

“Haii.. Qhuzair tak habis lagi ke nak perilaku ni,” Kinah bermonolog sendirian.

“Ish.. Abang ni perli sayang pulak.” Dia bersuara. Dengan serta-mertaSakinah mencebikkan mulutnya tanda terasa hati apabila disindir oleh suaminyaQhuzairi.

         Lantas Qhuzairi bersuara “Sayang ala-ala.. Abang gurau je pun macamlah tak penah gurau kan”. beritahu Qhuzairi lalumencuit pinggang isterinya dan berlalu pergi mendapatkan kereta yang berada dibalkoni rumah mereka. Sakinah tergelak kecil akibat perbuatan kenakalan suaminyaitu.

“macam budak-budak kecik la kau ni Qhuzair. Maklumlahkau kan suka budak-budak. Bilalah kita nak dapat anak ni kan? sudah setahunkita berkahwin tapi belum ada rezeki dikurniakan cahaya mata.. hmmm..”Sakinah berbicara sendirian. Hanya keluhan yang keluar dari bibirnya.

“Kinah jangan lupa kunci rumah tau. Lepas tu tutup dan kunci pintu pagar tu sama,” Pesan Qhuzair dari dalamkereta.

“Ok Abang”. Sakinah membalas ucapan ituringkas. Kelihatan senyuman terukir di bibirnya.

“Pandai ye suami aku ni.. pujuk aku Hehehe..”Sakinah tergelak kecil di dalam hatinya.

      Setelah  selesai mengunci pintu pagar rumah. Sakinah pergi mendapatkan suaminya yang beradadi dalam perut kereta. Kereta yang berjenama Volvo ini dinaiki mereka berdua.kereta ini adalah model yang terbaru. Dia amat menyukai kereta ini. Keranakereta ini adalah hadiah perkahwinan daripada Ibu dan Bapa Qhuzairi pada hariperkahwinan mereka tahun lepas.

        Qhuzairi menghidupkan kereta milik mereka berdua. Lalu dia memandu dengan perlahan-lahanmenyusuri  jalan  dari lereng bukit sehinggalah ke lebuh raya.Mereka berlalu meninggalkan perkarangan rumah mereka. Kini rumah merekahilang  dari pandangan mata kasar.

       Sebelum mereka melalui lebuh raya. Mereka menyusuri lereng bukit. Di sini, akan nampaktersergamnya rumah banglo milik mereka dan jiran-jiran yang lain. Di sebelahkanan terdapat deretan kedai -kedai runcit yang telah lama dibina. Di sebelahkiri pula terdapat taman permainan dan padang bola. Tempat untuk penduduk disini beriadah pada  masa lapang.

        Semasa  mereka menuruni anak bukit. Mereka akan terlihat pantai yang sungguh indah.Pantai ini menjadi tumpuan tempat pelancong dari dalam Negara dan luar nergara.Pantai yang indah, bersih, cantik dan permai. Qhuzairi berhasrat ingin membawaisterinya kesini terlebih dahulu sebelum pergi bersiar-siar di tempat lain danmenjemput ibu dan bapanya di rumah mereka.

       Setibanya mereka disini, Qhuzairi mencari tempat untuk memparkirkan keretanya. Puas diamencari tempat untuk meletakkan kenderaannya tetapi tudak terjumpa ruangan parkir yang kosong. Akhirnya, setelahselama 15 minit dia berpusing-pusing di sekitar tempat meletak kenderaan. Diaterjumpa ruang yang kosong untuk meletakkan keretanya. Tiba-tiba dia di sapaoleh Sakinah di dalam kereta.

“Abang ramainya orang hari ni. Nak pergi kepantai tu malulah,” Sakinah memulakanperbualan sambil mengeluh.

“takape.. bukannya ada ape pun.. Sayang kita datang sini pun just nak bersuka -suka je. Lama sudah bukan kita tak keluarbersama?”. Soal Qhuzairi.

“mungkin hari ini family Day kut abang ituyang ramai tu.” Beritahu Sakinah.Perbualan mereka tamat disitu setelah Qhuzairi selesai memparkirkan keretanya.

        Lalu,Qhuzairi memimpin tangan isterinya Sakinah keluar dari perut kereta. Merekaberdua berjalan sambil berpegangan tangan. Tiba-tiba Sakinah bersuara. Diamenanyakan soalan kepada suaminya soalan yang tidak pernah ditanya olehnyasetelah mereka berkahwin ini.

“Abang,bila kita jalan berdua macam ni,berpegangan tangan semua orang dekat pantainimemerhatikan kita kan? Mestimereka pelik kenapa lelaki sehandsomemacam abang niboleh memilih sayangyang serba kekurangan ni sebagai isteri abang ek? Kadang-kadang sayang terfikir jugak.” Keluh Sakinah di sisi suaminya.

        Qhuzairi mempercepatkan langkahnya. Dia berlalu pergi meninggalkan kereta dari belakang.Mereka berdua berjalan-jalan sehinggalah terjumpa sebuah bangku di bawah pohonyang merimbun di tepi pantai itu. Hanya bangku itu sahaja yang kosong. Bangkuyang lain sudah dipenuhi dengan orang dan pelancong yang datang di situ. Ban yakmata-mata yang memandang mereka. Tetapi Qhuzairi hanya buat endah tidak endahsahaja dengan orang yang berada di sekitar mereka.

      Dengan  segera Qhuzairi menarik tangan isterinya Sakinah duduk di bangku tersebut. Kini,mereka berdua berada di bangku itu. Sambil menikmati keindahan pantai pada waktupetang. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa mereka. Kedengaran biasan air ombak pantaimenerjah ke telinga. Sayu dan mendayu sahaja. Kalau boleh dia ingin dudukdisitu sehinggalah matahari terbenan. Tetapi masa tidak mengizinkan mereka.

“Kenapa sayang cakap macam tu?”. Soal Qhuzair. Dia menjawab pertanyaan isterinya yangtergendala sebentar tadi.
“Sayangkan isteri abang, biarlah apa orang nak cakap pun... abang tak kisah sayang,”Qhuzair mengukirkan senyuman di bibirnya. Cair Sakinah dibuatnya, apabilamelihat senyuman Qhuzair yang manis itu.

“Kinah tahu tu, tapi Kinah kan tak secantik perempuan-perempuanlain, badan chubby, kulit sawo matang, pendek. Rasa macam tak layak pulak sayang jadi isteri abang... hmmmm”. Kinah membalas ucapan dengannada yang sayu. Hanya terdengar keluhan di bibirnya.

      Qhuzair terkedu seketika. Dia tersentap dengan kata-kata yang keluar dari bibir isterinya.Lalu Qhuzair mencubit pipi montel Sakinah sambil mengenggam erat tanganisterinya. Dibaringkan  kepala Sakinah diatas pehanya. Indah sungguh percintaan mereka ini. Qhuzair memumulakan bicara.

“Sayang,inilah yang dinamakan JODOH. Allah S.W.T sudah menentukan sayang menjadi milik abang seorang, jodoh abang. Abang redha. Dan untuk pengetahuan sayang, abangpilih sayang sebagai isteri abang bukan kerana paras rupa tau, ingat tu!!”Qhuzairi berkeras.

“Bukanjuga kerana harta tapi kerana agama yang ada pada diri sayang. kali pertama abang tengok sayang, abang yakin sayang boleh jadi isteri yang terbaik untuk abang tempuhidunia ini...dan bila abg pandang muka sayang masa tu, nampak wajah keibuan padasayang. Sebab  itulah abang pilih sayangsebagai isteri abang”. Beritahu Qhuazai dengan panjang labar.

“Oh ya..!!” kedengaran suara Sakinah. Hah Sakinah mulalah berangan.

          Dirinya entah melayang kemana. Rasa-rasanya hanya jasad sahaja disini. Rohnya entahmelayang ke mana. Sakinah bersuara. Baru Kinah ingat pada pertama kali diaberjumpa dengan Qhuzair adalah pada hari perkahwinan sepupunya di Kuala Nerang,Kedah. Qhuzair merupakan sahabat kepada suami sepupunya. Mungkin pada masaitulah Qhuzair jatuh hati terhadap dirinya. Selepas, dari majlis pernikahanitulah Qhuzair telah datang berjumpa dengan nenek dan ahli keluarnya yang lain.Lalu melamarnya sebagai isteri. Baru dia teringat akan perisriwa itu.

           Peristiwa yang tidak dapat lupakan dalam hidupnya. Dia menerima lamaran daripada Qhuzairikerana dia juga telah jatuh hati kepada Qhuzairi saat melihat Qhuzairi menjadipengapit pengantin lelaki sebelah suami sepupunya. Kini hatinya tersenyumapabila mengingati peristiwa tersebut. Mereka tidak pernah merasa erti cinta.Mereka bercinta setelah berkahwin dan mengenal hati budi masing-masing.Qhuzairi datang melamarnya. Dan terus sahaja dia menerima lamaran tersebut.

            Qhuzair bingkas bangun dari bangku tersebut lalu berlari kearah pantai. Berlari sepertikanak-kanak yang hendak main air. Pantai yang menjadi idamannya untuk bersamadengan isterinya. Dia pergi meninggalkan isterinya di belakang. Sakinah yangberada di dakapan ribanya dilepaskan. Lalu terjatuh terjelopoklah sakinah disitu. Terkejut Sakinah bukan kepalang.

“Aduhh!! Sakitnya kepala aku. Jaga kau Qhuzai. Tak guna punya suami. Apalah tinggal aku dekatsini sendirian sakit tau tak”. Marah Sakinah. Mukanya merona kemerahan. Diabingkas bangun dan berlari mengejar suaminya dari belakang.

“Hoi..nakal ye jaga kau. Aku tumbuk kang,” Beritahu Sakinah. Qhuzairi hanyaketawa sahaja melihat tingkah laku isterinya yang sedang marah itu. Selama diaberkahwin ini. Dia tidak pernah lagi melihat kemarah diwajah isterinya. Diasengaja benar ingin menguji isterinya. Sejauh manakah kesabaran isterinyaterhadap dirinya.

“Hahaha..padan muka sakit tak ?” hehehe Qhuzairi tergelak besar.

“Ish..abang ni.. Kinah series ni”. Mukanyamasam mencuka.

“Yelah.. yelah.. abang minta maaf memangsalah abang pun. Tadi masa Sayang tengah berangan abang sengaja bangun hehe..”.ketawanya lagi. Tiba – tiba Sakinah bersuara lagi.
“Tapi abang......” belum sempat Sakinah menghabiskan ucapannya. Qhuzair telah menutupmulut nya dengan tangan. Kini mereka bermain kejar-kejar di tepi pantai.

“Takde tapi-tapi, Sayang adalah amanahdari Allah S.W.T. Untuk abang Apa pun yang orang nak cakap abang tak kisah, apayang abang tahu, abang bahagia ada sayang disisi, sentiasa menemani abang.Sebab sejak kita berkahwin abang dah ada teman untuk menghafal al-quran, abangdah ada teman untuk mengaji dan abang dah ada teman untuk Tahajjud di sepertigamalam... sayang ingat senang ke abang nak cari isteri mcm sayang??? susah tau...” beritahu Qhuzair sambil berjalan. Dia penat berlari akibat dikejar olehSakinah sebentar tadi.

          Sakinah memandang muka suaminya dengan air mata berlinangan dipipi.

“Alolo...isteri abang menangis ye?” tegur Qhuzair. Dia mengesatkan air mata isterinyayang keluar dari kelopak mata, lalu menitis membasahi pipi.

“Abangtahu abang hensem,” hehehe senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. terlihatterukir pancaran dari wajah Qhuzairi.

“Cewah, perasan pulak aku ni. Angkat masukbakut sendiri nampak.” Haha hati kecilnya ketawa.

           “Abang tahu abang boleh dapat perempuan-perempuan yang cantik, tapi abg tak nakikutkan nafsu, lumrah lelaki inginkan teman hidupnya secantik bidadari, tapiabang tak kejar semua tu,semua tu hanya didunia.. abang nak kejarJannah bersama-sama dengan isteri abang yang comey ni.. abang tahu isteri abang mampu jadi bidadari abang yangpaling cantik untuk abang dan anak-anak nanti. Insya’Allah di syurga nanti jugabegitu.. kan sayang kan?,” beritahu Qhuzairi. Semuanyadiluahkan seikhlas hati oleh seoarang sang suami.

        Sakinah terkedu seketika. Pemikirannya entah melayang kemana. Dia tidak dapatberbicara. Lidahnya kelu seribu bahasa. Sakinah masih lagi menangis. Lalu,keluarlah perkataan ini dari mulutnya seketika kemudian.

           “Insya’allah abang, terima kasih,” ucapan yang ikhlas dari hati seorang wanita. Dia hanyamampu memberikan ucapan itu sahaja kepada suaminya lalu Sakinah menangisesak-esak seakan tangisan bayi. Dia dipujuk oleh suaminya. Sakinah berasauntung sangat. Kerana dapat suami yang romantik dan faham akan isi hatinya. Diaberasa amat bertuah sekali.

           Qhuzairi melirik setiap pelosok penjuru di pantai itu. Dia terlihat ada seorang perniagasedang menjual ais kream. Qhuzair berlari anak mendapatkan Kinah yang sedangmengesat air matanya. Lalu, dipegang tangannya dan memimpin Sakinah sehingga ketempat perniaga tersebut.

“Assalamualaikum..”sapa peniaga tersebut.

“Encik nak ais krim apa?” soal peniaga itu lagi.

“Wa’alaikummussalamw.b.t” jawab Qhuzairi dan Sakinah serentak.

“Bagi Ais Krim berperisa Vanilla satu” beritahu Qhuzair.

“Sayang nak makan Ais krim apa?” soal Qhuzairi kepada Sakinah.

“Sayang nak ais Krim berperisa coklatlah,” beritahu Kinah.

“Okey,Encik Bagi Ais Krim perisa coklat satu.” Beritahu Qhuzairi kepada perniagatersebut.

           Qhuzairi melirik perniga itu dari atas sehingga ke bawah. Dari hujung kaki sehingga kehujung rambut. Lalu dia bersuara. Dia berborak dengan peniga Ais Kream sambildiperhatikan Sakinah dari belakang. Sakinah melihat aksi tingkah laku kanak-kanak yang bermain di pantai tersebut. Dia teruja melihat kanak-kanak itubelari berkejaran. Sakinah ingin sekali cepat-cepat menimang cahaya mata.

“Sudah lama ke Encik menjual ais Krim ni.”Soal Qhuzairi. Dia memulakan perbualan.

“Yap.. dah lama saya menjual ais Kream nidah dekat 3 tahun dah.Alhamdulillah bersyukur dengan rezeki yang Allah beri dekat saya dansekeluarga,” beritahu penjual Ais Kream tersebut.

          “Nah ais Krim adik. Hulur peniagatersebut kepada seorang kanak-kanak yang kira-kira umur dalam lingkungan 5tahun. Budak itu memegang belon di tangannya. Kanak-kanak itu mengambil Aiskream tersebut sambil menghulurkan sekeping duit yang berharga Ringgit Malaysia1.

“Adik tak payah bayar, nanti pak cik bayarkan ye,”beritahu Qhuzair.

“Hari ini pak cik belanja kamu semua,” kanak-kanak yang berada di situ bersorakgembira.

“Okey terima kasih Pak cik,” beritahu kanak-kanak itu. Sambil kawan-kawannya bersorak-sorai. Mereka berlari gembira mendapatkan keluarga masing-masing.

“Nah ini Ais Krim yang encik pesan tadi,” hulur peniaga itu.

“Terima kasih ya Encik, berapa harga semua ye,”soal Qhuzair.

“Semuanya Ringgit Malaysia 30. Semoga rezeki encik murah ya,” ucap penjual Ais Krim tersebut.

“Alhamdulillah..Amin..” balas Qhuzairi.

         Qhuzairi melihat jam ditangannya. Sekarang waktu sudahpun hamir senja. Pukul 5.30 minitpetang. dia berasa sudah lewat kerana tidak menunaikan solat Asar. Lalu diamemberitahu kepada Peniga Ais Kream tersebut untuk meminta diri pulang. Dia mengajakSakinah. Mereka berdua berlalu pergi meninggallkan pantai tersebut dari jauh.

“Sudahlah tu sayang, jangan menangis dah tau,Abang tak suka tengok sayang nangis ni. Nanti bila mak abang tengok kecik hati dia tau. Sebab dia akan cakapabang tak pandai nak jaga isteri,” beritahu Qhuzair.

“Haii.. isteri aku ni boleh tahan mengundang,”monolog Qhuzairi.

              Lalu,Qhuzairi dan Sakinah menghampiri Kereta mereka. Dia dan Kinah memasuki perutkereta. Qhuzai menghidupkan enjin lalu memandu kereta kerumah Ibu bapanya yangterletak 20 kilometer dari rumah mereka. Dalam perjalanan tersebut Sakinahbersuara.

“Abang ni kita nak solat dekat rumah Mak kekat masjid,” soal Kinah.

“Kita pergi masjidlah jom? Kita pergi taman-taman syurga, sambil tu boleh kita dengar kuliah Asar kan,” beritahu Qhuzairi.

“Ya, abang jumlah sayang ikut je,” jawabsakinah ringkas.

                   “Haaa.. tu masjid ada di depan tu.jum kita pergi,” beritahu Qhuzairilagi. Mereka berdua berhenti di masjid tersebut. Qhuzairi dan Sakinah mengambilwudhuk lalu menunaikan solat asar bersama-sama. Bersama dengan jemaah yanglain. Yang datang ke masjid tersebut. Ramai musafir yang datang dari jauh. Berehatdan menunaikan solat di masjid ini. Ada juga puak-puak tabligh yang berkampungdi sini selama beberapa hari. Merkalah yang akan memberikan kuliah asar kepadajemaah yang datang menunai solat di masjid ini.

            Seusai,mereka menunaikan solat. Qhuzairi dan Sakinah meneruskan destinasi mereka kerumah ibu mertua Qhuzairi yang terletak tidak jauh dari situ. Setibanya merekadirumah. Mereka dilayan dengan baik oleh ibu bapa Qhuzair. Sakinah mendapatkanIbu Qhuzai lalu mencium tangan dan memeluk ibu mertuanya. Kerana dia sudahmenganggap ibu mertuanya seperti ibu kandungnya. Lagipun dia belum pernahmendapat kasih sayang sorang Ibu. Dia berasa amat bertuah dan bahagia keranadikurniakan ibu mertua yang penyayang.
                                          Qhuzair pula bersalaman dengan bapanya dan bersalaman pula dengan ibunya lalu dikucuptangan ibunya. Mereka sampai dirumah ini pada pukul 7.30 malam. Mereka mengambilmasa selama 1 jam 30 minit untuk sampai ke sini. Qhuzairi dan keluargamenunaikan terlebih dahulu solat Magrib sebelum mereka sekeluarga. Menjemput ibudan Bapanya makan dirumah.

       Qhuzairi membawa ibu bapanya bertandangke rumahnya. Sesampainya Qhuzairi dan sakinah di rumah bersama ibu dan bapamertua. Mereka terlihat, sudah ramai ahli keluarga yang lain datang bertandanguntuk menyambut majlis hari lahir Qhuzairi.

“Eh kenapa ramai sangat yang datang ni ada adik bongsu dengan Abang pun ada,” soalQhuzai kepada Sakinah.

“Sorry Abang Kinah saja jemput mereka datang sambut birthday abang, time nila pun nak berkumpul ramai-ramai,” beritahu Sakinah.

“Ish!! Pandai je isteri aku ni.. nak disekehkepalanya pun ada Emak dengan ayah. Tak fasal-fasal nanti dimarahi pulak. Macambudak-budak Kinah ni buat kat Aku,” monolong Qhuzair.

       Dia menjemput semua keluarganya masukkedalam rumah. Walaupun dia berasa marah dengan Sakinah tetapi dia gembirasebab dapat bekumpul beramai-ramai. Sakinah dibantu oleh kakak iparnya di dapurmenyajikan hidangan kepada ahli keluarga. Sakinah, mengambil kek coklat yangtelah dibuat bersama Qhuzairi pada tengah hari tadi. Lalu, dibawanya keruangtamu. Qhuzai mula meniupkan lilin dan membelahkan kek kepada anak-anaksaudaranya.

       Dia berasa gembira sangat hari ini. Jam sudahmenunjukkan pukul 12.00 pagi. Keluarganya yang lain sudah berangkat pulangsejak pukul 11.00 tadi lagi. Ibu bapannya tinggal dirumah mereka. Walaupun Qhuzairpenat menyambut hari lahirnya. Dia tidak lupa untuk menunaikan solat Isya’ yangtergendala dek menyambut hari lahirnya. Dia dan Sakinah mengambil wuduk lalumereka solat jemaah bersama-sama. Sakinah menghamparkan sejadah di atas lantaimarmar.  Lalu mereka berdua mengadapillahi.

       Selesai sudah solat mereka. Kini masauntuk Sakinah dan Qhuzairi beradu. Semasa di atas katil Sakinah menanyakan lagisoalan yang pelik buat Qhuzairi. Tetapi Qhuzairi saja buat tidak tahu.

“Abangjanji ek, takkan pernah sayangperempuan lain selain dari Kinah,” soal Sakinah.

“Ishh! Soalan maut ke apa isteri aku ni. Mampusnak jawab ke? Kalau tak jawab lagilah,”monolognya.

“Maaf,Kinah Abang tak boleh janji macam tu...” ucapannyamati di situ.

“Kenapa? Abang ada perempuan lainlah ye?” soal Sakinah dengan muka yang cuak.Cuak dua kali ganda apabila mendengar penjelasan suaminya itu.

“Abang, mintakmaaf.. Abang takut suatu hari nanti dia muncul dan abang akan sayang dia,”  keluh Qhuzai dengan nada yang sayu.

“Jadi selama ini, Abang tak setialah ye? Cepat cakap!” getus Sakinah mukanyamerona kemerahan.

Pukkk!! Kedengaran ketukan.

“Aduh!! Sakitlah bodoh, ade ke patut dia ketuk kepala aku dengan novel. Benjol jawabnyananti. Jaga kau Kinah,aku dah agak dah mesti Dia cemburu ni hihi”ketawanyadidalam hati.

“Kinah memang cantik bagi Abang tapi mungkingperempuan tu lagi cantik, mungkin diaakan selalu hiburkan abang waktu abang penat, sedih, marah.. mybe dia memang baik macam Sayang... diaada semua sikap macam Sayang.. Seperti yang abang inginkan..

     Sakinah menundukkankepalanya ketanah. Kalau boleh dia ingin membenamkan sahaja kepalanya. Macam kura-kuramenyembunyikan badan didalam cengkerangnya. Sakinah mencapai bantal lalumenutup mukanya. Hatinya sedih bukan kepalang. ,melihatkan situasi itu, Qhuzairi  tersenyum lalu memegan tangan isterinya dansecara berkata.

  “Abang akan sayang dia macam abang sayangisteri abang yang sekarang ni. Sakinah, suatu hari nanti dan dia akan panggiSayang dengan Ummi! Sebab tu abang tak boleh janji. Insya’Allah abang akansayang anak perempuan kita macam abang sayangan Kinah. Bahkan mungkin lebihdari itu. Dan mereka sama tersenyum.

      Lalu Sakinah mengambil bantal yang beradadimukanya dan dibalingkan ke kemuka Qhuzai. Dia terus menarik selimut dantidur. Qhuzairi hanya ketawa melihat riaksi Sakinah lalu dia mematikan lampubilik dan beradu bersama dengan isterinya. Mereka hidup dengan bahagia.

-tamat-

Selasa, 27 Ogos 2013

DIARY HATI seorαng insαn yαng bernαmα *αre-pit shαf-fiq*

muka sedih rasanya

dihαti ini hαnyα tuhαn yαng tαhu ... 
αpα yαng sedang αku lαlui pαdα sααt ini..
pernαh hαti ini terguris dengαn tomαhαn yαng menghiris .. 
sehinggα terαsα diriku ini hinα ..  kerαnα tiαdα siαpα yαng membelα ..
yα Allαh tidαk ku terdαyα lαgi menghαrungi dugααn ini .... 
menempuh segαlα cαbαrαn yαng dihαrungi ... 
puαs αku bersαbαr dengαn merekα ... 
terαsα bαgαikαn tiαdα siαpα yαng αmbil peduli soαl hαti ini .. 
merekα hαnyα tαhu membebel αnd tαhu mengαtα sαhαjα  ..
then memerli .. tαnpα memikirkαn soαl hαti & perαsααn 
orαng lαin ... terutαmαnyα αku ... kαlαulαh merekα tαhu ??? ..
nαmun αku tαhu αdα hikmαh, dengαn setiαp αpα yαng menimpα diriku ini ..  yα ALLAH αku serαhkαn semuα ini pαdαmu kerαnα αku tαhu ..
Engkαu αkαn tαhu segαlα αpα yαng terbuku dihαti ini ... 

Rabu, 26 Jun 2013

kembali

Dah lama kot x update pasal blog nih..
dh berhabuk nampak..
sy trlalu busy sampai x sempat nak update
status...
sekejap je kan? ramadhan dah 
datang heheheh :) apa persiapan korang eh menjelang ramadhan nie
hohoho :D

Jumaat, 25 Januari 2013

sAlAm MauLiDuL RaSuL

*Maaf sy xtau nak post kat mane 

Salam Jemaah LM sekalian..sy ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari maulidur rasul 1434h buat semua.


أنتَ نورُ اللـَّهِ فـَجرًا
جـِئتَ بَعدَ العُسر يُسرًا
رَبُّنا أعلاكَ قـَدرًا
يا إمامَ الأنبياءِ

أنتَ فى الوجدان حَىٌّ
أنتَ لِلعـَينـَين ضـَىٌّ
أنتَ عِندَ الحَوض رىٌّ
أنتَ هادٍ وَصَفىٌّ
يا حَبيبى يا مُحَمَّد

يا نـَبىّ سَلام عَلـَيكَ
يا رَسول سَلام عَلـَيكَ
يا حَبيب سَلام عَلـَيكَ
صَلـَواتُ اللـَّه عَلـَيكَ

يَرتـَوى بـِالحُبِّ قـَلبى
حُبِّ خـَير رُسل رَبّى
مَن بـِهِ أبصَرتُ دَربى
يا شـَفيعى يا رَسولَ اللـَّه

أيُّها المُختارُ فينا
زادَنا الحُبُّ حَنينا
جـِئتـَنا بـِالخـَير دينا
يا خِتامَ المُرسَلينَ
يا حَبيبى يا مُحَمَّد